Berita Dan Artikel

Berita AKM

Lawatan Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA ke AKM

Berita

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 (𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍) 𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄 𝐀𝐊𝐌

 

Akademi Kecemerlangan MARA (AKM) berbesar hati menerima kunjungan YBhg. Dr. Azmi bin Amat Murjan, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) MARA.Dalam kunjungan ini, YBhg. Dr. Azmi menzahirkan harapan agar AKM terus diperkasakan sebagai pusat latihan strategik MARA yang membuka ruang dan peluang kepada warga MARA untuk meningkatkan kompetensi, kemahiran serta potensi diri.

 

Kunjungan ini turut memberi ruang kepada YBhg. Dr. Azmi untuk meninjau perkembangan semasa AKM termasuk kemajuan kerja-kerja renovasi dan penambahbaikan fasiliti yang sedang dilaksanakan

 

AKM juga diharapkan terus memainkan peranan sebagai rakan strategik pembangunan modal insan, melalui program latihan yang relevan, berkualiti dan berimpak tinggi, selari dengan hala tuju serta aspirasi MARA.

 

 

 

 

Soalan?

Sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan dan program latihan AKM, sila hubungi kami.