Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start writing!

Berita Dan Artikel

Berita AKM

BENGKEL STRATEGIK SPECIAL GROUP PROJECT (SPG) ISER-MEX 2026

SUNGAI JAWI, 7 OKTOBER 2026 – Akademi Kecemerlangan MARA (AKM) telah menjadi lokasi penganjuran Bengkel Strategik Special Group Project (SPG) ISER-MEX yang berlangsung pada 6 hingga 7 Oktober 2026.

Bengkel ini melibatkan Sektor Khidmat Pengurusan, Pelaburan dan Keusahawanan MARA sebagai platform strategik untuk menyelaras hala tuju, memperkukuh sinergi antara sektor serta merangka pendekatan yang lebih tersusun dan berimpak dalam menjayakan inisiatif SPG ISER-MEX.

Sepanjang dua hari penganjuran, bengkel memberi tumpuan kepada sesi perbincangan strategik, pemurnian idea dan penyelarasan inisiatif bagi memastikan setiap perancangan dapat diterjemahkan kepada tindakan yang jelas, sistematik dan berdaya laksana.

Hasil perbincangan dan rumusan bengkel diharapkan dapat memperkukuh fungsi ISER dalam menyokong transformasi MARA Excellence Venture (MEX) yang lebih holistik, tersusun dan berimpak tinggi.

Penganjuran bengkel ini turut mencerminkan komitmen MARA dalam memperkukuh budaya Unified Entity melalui penyatuan kepakaran, sumber dan strategi ke arah penyampaian yang lebih berkesan serta memberikan nilai tambah kepada organisasi dan rakyat.